Riders

Riders/Manafaat Tambahan (pilihan):  


  • Ikhlas Term Takaful Rider
  • Critical Illness (40 jenis penyakit)
  • Accidental death and disability
  • Immediate Death Takaful Rider
  • Hospital benefit
  • Waivor of contribution
  • Payor savings
  • Family income benefits


IKHLAS TERM TAKAFUL RIDER merupakan pelan yang hanya boleh disertakan kepada pelan takaful asas. Pelan ini merupakan pelan tahap perseorangan dengan skop perlindungan yang lebih meluas pada kadar sumbangan yang berpatutan. Ia memberi perlindungan ke atas kematian dan hilang upaya kekal menyeluruh peserta dalam tempoh sijil.

Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Term Takaful Rider?

MANFAAT KEMATIAN
Sekiranya berlaku kematian peserta dalam tempoh sijil, Jumlah Perlindungan Rider Bertempoh (TRSC) berserta lebihan daripada Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) peserta akan dibayar sekaligus kepada waris atau keluarga terdekat peserta.

MANFAAT HILANG UPAYA KEKAL MENYELURUH (TPD)
Sekiranya berlaku TPD peserta dalam tempoh sijil, Jumlah Perlindungan Rider Bertempoh (TRSC) berserta lebihan daripada Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) peserta akan dibayar sekaligus kepada peserta.

*Nota: Semua manfaat di atas tidak termasuk keadaan sedia ada peserta.

MANFAAT TEMPOH MATANG
Apabila Sijil mencapai tempoh matang peserta akan menerima bayaran sekaligus dari pendapatan pelaburan bersih dan jumlah terkumpul dari Akaun Pelaburan Risiko Peribadi serta lebihan dari Dana Risiko melalui Akaun Terkumpul Ta'awuni.

Mengapa IKHLAS Term Takaful Rider?

JUMLAH PERLINDUNGAN
Anda boleh memilih jumlah perlindungan sehingga lima (5) kali Pelan Perlindungan Asas.


 


IKHLAS CRITICAL ILLNESS TAKAFUL RIDER merupakan pelan perlindungan Takaful tahap perseorangan untuk tujuan memberi perlindungan kewangan ke atas serangan penyakit kritikal, sepanjang tempoh sijil sepertimana yang dinyatakan dalam sijil.
Nota: Caj risiko ini tertakluk kepada semakan oleh Takaful IKHLAS di masa depan.

Apakah Yang Dilindungi Oleh IKHLAS Critical IllnessTakaful Rider? 

IKHLAS CRITICAL ILLNESS TAKAFUL RIDER memberi perlindungan dan ketenangan fikiran kepada peserta dan keluarga di kala peserta disahkan menghidap penyakit kritikal.
Pelan ini memberi perlindungan ke atas:-

40 PENYAKIT KRITIKAL
Rider ini membuat pembayaran 100% daripada jumlah perlindungan ke atas penyakit kritikal sebaik sahaja peserta disahkan menghidap salah satu daripada penyakit kritikal yang disenaraikan di dalam pelan. Pelan ini terdapat dalam dua (2) bentuk:-

1) Pelan Bayaran Awal

Sebaik sahaja peserta disahkan menghidapi penyakit kritikal, rider ini membolehkan bayaran awal ke atas Jumlah Perlindungan Penyakit Kritikal dibayar sekaligus, berdasarkan kepada Jumlah Perlindungan Asas. Tuntutan yang dibuat menerusi rider ini akan mengurangkan jumlah perlindungan pelan asas.

2) Pelan Tambahan

Rider ini membolehkan bayaran dibuat sekaligus ke atas Jumlah Perlindungan Penyakit Kritikal, sebaik sahaja peserta disahkan menghidapi penyakit kritikal. Bayaran yang dibuat di bawah rider ini tidak akan mengurangkan jumlah perlindungan pelan asas.

Manfaat tempoh matang
Apabila Sijil mencapai tempoh matang peserta akan menerima bayaran sekaligus dari pendapatan pelaburan bersih dan jumlah terkumpul dari Akaun Pelaburan Risiko Peribadi serta lebihan dari Dana Risiko melalui Akaun Terkumpul Ta’awuni.

Kenapa IKHLAS Critical IllnessTakaful Rider?
IKHLAS CRITICAL ILLNESS TAKAFUL RIDER direka khusus untuk memberi perlindungan daripada kehilangan punca kewangan sekiranya anda diserang mana-mana 40 penyakit kritikal seperti disenaraikan.
Sebaik sahaja disahkan mengidap penyakit kritikal, Jumlah Perlindungan Penyakit Kritikal akan dibayar tetapi tertakluk kepada syarat-syarat berikut :-
  • Hilang upaya menyeluruh dan kekal adalah berasaskan kepada definisi sebarang pekerjaan.
  • Faedah hilang upaya akan dibayar selepas tempoh layak yang menyakinkan (tempoh menunggu) di mana ketidakupayaan tersebut akan berterusan dalam tempoh tidak kurang daripada enam (6) bulan.
    Caj Tambahan ke atas kematian dan/atau pekerjaan akan ditambah sekiranya bersesuaian dengan profil peserta dan definisi Hilang Upaya Menyeluruh (TPD). Caj tambahan akan dihitung sebagai faktor berganda kepada kadar minimum bersih. Tiada apa-apa diskaun akan diberi kerana ini merupakan kadar minimum bersih.
  • Keadaan kesihatan sebelum menyertai pelan ini adalah dikecualikan daripada menerima faedah pelan.
*Nota: Penyakit kritikal yang disahkan dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh sijil dikeluarkan atau tarikh sijil dikuatkuasakan semula, tidak akan dilindungi.

Jumlah Perlindungan
Anda boleh memilih jumlah perlindungan setakat jumlah perlindungan asas.

Pulangan Pelaburan yang Lebih Baik
Model Takaful IKHLAS membolehkan Syarikat mengoptimumkan pulangan pelaburan kepada peserta (sila hubungi kami untuk keterangan selanjutnya).




IKHLAS ACCIDENTAL DEATH AND DISABILITY TAKAFUL RIDER adalah pelan rider takaful yang hanya boleh disertakan kepada pelan asas. Pelan ini memberi perlindungan ke atas kematian, hilang upaya kekal menyeluruh (TPD) ataupun hilang upaya separa kekal dan hilang upaya kekal (PPD) akibat kemalangan sepanjang tempoh sijil.

Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Accidental Death and Disability Takaful Rider?

IKHLAS ACCIDENTAL DEATH AND DISABILITY TAKAFUL RIDER direka untuk mereka yang berumur antara 30 hari hingga 60 tahun.
IKHLAS ACCIDENTAL DEATH AND DISABILITY TAKAFUL RIDER memberi perlindungan ke atas:-

MANFAAT KEMATIAN AKIBAT KEMALANGAN
Sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan peserta dalam tempoh sijil, Jumlah Perlindungan beserta lebihan daripada Akaun Pelaburan Risiko Peribadi peserta akan dibayar kepada waris atau keluarga terdekat Peserta.

MANFAAT HILANG UPAYA KEKAL MENYELURUH (TPD) AKIBAT KEMALANGAN
Sekiranya berlaku kehilangan upaya menyeluruh dan kekal (TPD) peserta akibat kemalangan dalam tempoh sijil, Jumlah Perlindungan beserta lebihan daripada Akaun Pelaburan Risiko Peribadi peserta akan dibayar kepada Peserta.

MANFAAT HILANG UPAYA SEPARA DAN KEKAL AKIBAT KEMALANGAN
Sekiranya berlaku hilang upaya separa dan kekal akibat kemalangan Peserta dalam tempoh pegangan sijil, Jumlah Perlindungan beserta lebihan daripada Akaun Pelaburan Risiko Peribadi peserta akan dibayar kepada peserta. Bayaran Jumlah Perlindungan adalah berdasarkan Jadual Indemniti, seperti yang disertakan dalam sijil.

*Nota: Semua manfaat di atas adalah terkecuali untuk sebarang keadaan sebelum sijil berkuatkuasa.

MANFAAT TEMPOH MATANG
Apabila sijil mencapai tempoh matang, Peserta akan menerima sekaligus dari pendapatan pelaburan bersih dan jumlah terkumpul dari Akaun Pelaburan Risiko Peribadi serta lebihan dari Dana Risiko melalui Akaun Terkumpul Ta’awuni.

JUMLAH SUMBANGAN
Jumlah sumbangan adalah fleksibel, bergantung kepada umur peserta dan tempoh sijil.

Mengapa IKHLAS Accidental Death and Disability Takaful Rider?

JUMLAH PERLINDUNGAN
Anda boleh memilih jumlah perlindungan sehingga lima (5) kali daripada Jumlah
Perlindungan Asas.

PULANGAN PELABURAN YANG LEBIH BAIK
Model Takaful IKHLAS membolehkan Syarikat mengoptimumkan pulangan pelaburan kepada peserta. (Sila hubungi kami untuk keterangan selanjutnya).

*Nota pengecualian:
Risalah ini bukan merupakan sebuah kontrak. Sila rujuk kontrak untuk butiran penuh.





Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Immediate Death Expenses Takaful Rider?
IMMEDIATE DEATH EXPENSES TAKAFUL RIDER merupakan pelan yang direkacipta untuk memberi bantuan kewangan segera kepada waris terdekat peserta jika berlaku kematian ke atas peserta.

Manfaat Kematian
Sekiranya berlaku kematian kepada peserta dalam tempoh polisi, Jumlah Perlindungan Immediate Death Expenses berserta dengan lebihan daripada Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) akan dibayar kepada waris peserta atau keluarga terdekatnya.

Nota: Semua manfaat di atas tidak termasuk keadaan sedia ada peserta.

Mengapa IKHLAS Immediate Death Expenses Takaful Rider?

Kelulusan Tuntutan Yang Mudah Dan Cepat.

Sebaik sahaja syarikat berpuas hati dengan bukti kematian, waris atau keluarga terdekat peserta akan menerima manfaat perbelanjaan kematian secepat mungkin tanpa perlu menghantar dokumen sampingan sebagai sokongan.





HOSPITAL BENEFIT TAKAFUL RIDER

Apakah yang dilindungi oleh Hospital Benefit Takaful Rider? 

MANFAAT HOSPITAL

Sekiranya peserta dimasukkan ke hospital akibat jatuh sakit atau cedera untuk tempoh minimum selama 3 hari atau lebih, manfaat hospital akan dibayar daripada hari pertama kemasukan ke hospital. Jumlah maksimum bagi hari dimasukkan ke hospital akibat semua sebab ialah 180 hari untuk setiap kali kemasukan ke hospital atau 365 hari yang dikumpulkan kecuali yang ditetapkan di dalam peruntukan pelan di mana selepas itu rider ini akan ditamatkan.

Sekiranya peserta dimasukkan ke hospital, manfaat hospital akan dibayar tertakluk kepada syarat-syarat berikut :-
  • Tiada manfaat hospital akan dibayar kecuali kemasukan ke hospital berlaku selepas 3 bulan daripada tarikh rider ini berkuatkuasa.
  • Keadaan peserta sebelum pelan berkuatkuasa adalah terkecuali daripada menikmati manfaat pelan.

Mengapa Memilih Ikhlas Hospital Benefit Takaful Rider?

Jumlah Perlindungan

Anda boleh memilih jumlah perlindungan daripada semurah RM10 sehari kepada RM200 sehari bergantung kepada keperluan anda.





IKHLAS WAIVER OF CONTRIBUTION TAKAFUL RIDER merupakan pelan manfaat tambahan yang hanya boleh disertakan kepada Pelan Asas. Sekiranya peserta disahkan menghidap salah satu daripada penyakit kritikal seperti dinyatakan di dalam sijil, semua sumbangan masa hadapan akan dikecualikan.

Apakah Yang Dilindungi Oleh IKHLAS Waiver Of Contribution Takaful Rider?


IKHLAS WAIVER OF CONTRIBUTION TAKAFUL RIDER merupakan pelan yang membenarkan semua sumbangan masa depan (termasuk rider-rider yang disertakan, kecuali rider Penyakit Kritikal) dikecualikan sebaik sahaja Peserta disahkan menghidap salah satu daripada 39 penyakit kritikal seperti yang dinyatakan di dalam kontrak.

TEMPOH DAN HAD UMUR
Isu Umur : 18 tahun hingga 60 tahun, umur harijadi berikutnya, lelaki/perempuan
Tamat Umur : bila mencapai umur 65 tahun di harijadi berikutnya
Tempoh perlindungan :minimum - 5 tahun dan maksimum - 47 tahun tertakluk kepada syarat pelan asas.

Mengapa IKHLAS Waiver Of Contribution Takaful Rider Takaful?


PULANGAN PELABURAN YANG LEBIH BAIK
  • Model Takaful IKHLAS membolehkan syarikat mengoptimumkan pulangan pelaburan kepada Peserta (Sila hubungi kami untuk keterangan selanjutnya).



     
    IKHLAS PAYOR SAVINGS TAKAFUL RIDER merupakan pelan Takaful Rider yang hanya boleh disertakan kepada pelan asas berkurangan. Pelan ini akan mengecualikan semua sumbangan tidak bertunggak sijil ini di masa depan (termasuk rider-rider yang disertakan) sekiranya berlaku kamatian ke atas penyumbang, kehilanagn upaya kekal dan menyeluruh (TPD) dan/atau penyumbang telah disahkan mengidap sebarang penyakit kritikal (seperti dinyatakan di dalam kontrak) sebelum tempoh matang sjil.

    Apakah yang dilindungi oleh  IKHLAS Payor Savings Takaful Rider ?

    MANFAAT KEMATIAN
    Sekiranya berlaku TPD kepada penyumbang yang disebabkan  oleh semua sebab sumbangan tidak tertunggak masa depan sijil (termasuk rider-rider yang disertakan, mana-mana yang berkenaan) akan dikecualikan.

    KEHILANGAN UPAYA MENYELURUH DAN KEKAL (TPD)
    Sekiranya berlaku TPD kepada penyumbang yang disebabkan oleh semua tertakluk kepada syarat dan peraturan rider, semua jumlah sumbangan tidak tertunggak masa depan sijil (termasuk rider-rider yang disertakan, mana-mana yang berkenaan) akan dikecualikan.

    MANFAAT PENYAKIT KRITIKAL
    Sekiranya penyumbang disahkan mengidap salah satu daripada penyakit kritikal (seperti dinyatakan di dalam kontrak), semua jumlah sumbangan tidak tertunggak masa depan sijil (termasuk rider-rider yang disertakan, mana-mana yang berkenaan) akan dikecualikan.

    SYARAT-SYARAT
    • Sekiranya berlaku TPD atau penyumbang disahkan mengidap penyakit kritikal, Jumlah Perlindungan manfaat penyumbang akan dibayar tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
    • Kehilangan upaya menyeluruh dan kekal adalah berdasarkan kepada definisi *sebarang pekerjaan*.
    • Manfaat kehilangan upaya akan dibayar selepas tempoh layak yang meyakinkan (tempoh menunggu) dan kehilangan upaya tersebut berterusan untuk tempoh tidak kurang enam (6) bulan.
    • Syarikat berhak untuk mengenakan sumbangan tambahan sekiranya terdapat laporan pemeriksaan perubatan penyumbang yang kurang memuaskan.
    • Keadaan kesihatan sebelum menyertai pelan ini adalah dikecualikan daripada menerima faedah sjil.


       

      Aset manakah yang paling berharga sekali kepada anda diwaktu ini? Kereta, rumah, barang kemas? Namun kita sentiasa terlupa - sebenarnya aset yang paling berharga sekali ialah pendapatan kita. Sekiranya ditakdirkan, kita tiba-tiba hilang sumber pendapatan, secara tidak langsung pegangan aset-aset yang lain turut sama terjejas.

      Tiada siapa yang boleh melawan takdir. Sebab itulah kita perlu bijak bersiap-sedia menghadapi sebarang kemungkinan. Tidak dapat dinafikan, insurans hayat mampu membantu keluarga anda daripada kehilangan punca pergantungan pendapatan di saat kematian anda. Tapi bayangkanlah apa yang akan berlaku sekiranya ditakdirkan anda kehilangan sumber pendapatan di kala anda masih lagi hidup? Berapa lamakah anda mampu bertahan tanpa pendapatan yang tetap?

      Menyedari hakikat ini, kami telah mewujudkan IKHLAS FAMILY INCOME TAKAFUL rider. Ia menyediakan anda serta keluarga dengan jaminan pendapatan berterusan, jika ditakdirkan anda kehilangan upaya kekal dan menyeluruh atau disahkan menghidap penyakit kritikal dalam tempoh pelan.

      Mengapa IKHLAS Family Income ?
      Lindungi keluarga anda sambil menikmati pulangan yang lebih baik
      Model IKHLAS kami membenarkan bahagian yang lebih besar daripada akaun peserta digunakan untuk tujuan pelaburan di mana ini membolehkan peserta menerima kadar pulangan yang lebih optima. Ia juga membenarkan peruntukan pendapatan pelaburan dan lebihan yang lebih kerap kepada akaun pelaburan. Pelaburan semula pendapatan pelaburan dan lebihan ini secepat mungkin, menjadikan jumlah perolehan pulangan keseluruhan adalah lebih baik.

      Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Family Income?

      Pelan ini memberikan anda salah satu daripada manfaat ini:

      Manfaat Kematian:
      Sekiranya berlaku kematian kepada peserta, disebabkan oleh sebarang sebab, jumlah perlindungan(SC) pendapatan akan dibayar kepada waris peserta atau keluarga terdekatnya sepanjang baki tempoh sijil.

      Manfaat Kehilangan Upaya Kekal Dan Menyeluruh (TPD)
      Sekiranya berlaku TPD kepada peserta, yang diakibatkan oleh sebarang sebab, Jumlah Perlindungan manfaat pendapatan akan dibayar kepada peserta untuk sepanjang baki tempoh sijil.

      Manfaat Penyakit Kritikal
      Sekiranya peserta dikenalpasti dan disahkan oleh pegawai perubatan, menderita akibat salah satu daripada penyakit kritikal, Jumlah Perlindungan manfaat pendapatan akan dibayar kepada peserta untuk sepanjang baki tempoh sijil.

      Syarat-syarat

      (a)
       Kehilangan upaya kekal dan menyeluruh adalah berdasarkan kepada definisi "sebarang pekerjaan".
      (b)
      Manfaat kehilangan upaya akan dibayar selepas tempoh kelayakan yang menyakinkan (tempoh menunggu) dan kehilangan upaya tersebut adalah untuk tempoh berterusan tidak kurang daripada enam (6) bulan.
      (c)
      Keadaan kesihatan sebelum menyertai pelan ini adalah dikecualikan daripada menerima manfaat pelan.

      SYARAT DAN UMUR PENYERTAAN 


      Umur : 18 hingga 60 tahun (pada tarikh hari jadi berikutnya) lelaki atau perempuan dan bekerja
      Had Jumlah  Perlindungan : Minimum - RM1,200.00 manfaat pendapatan tahunan
      Maksimum - Pendapatan tahunan sebenar pemohon (pada masa menyertai pelan) sehingga RM60,000 pendapatan tahunan, atau manfaat perlindungan di mana sumbangan rider ini tidak melebihi sumbangan Pelan Asas, mana-mana yang terendah
      Tempoh Tamat Umur Penyertaan : Sebaik sahaja peserta mencapai umur 65 tahun
      Perlindungan : Minimum-5 tahun
      Maksimum- sehingga tamat tempoh Pelan Asas