SYARAT PENYERTAAN
- Umur Kemasukan: 30 hari hingga 60 tahun (umur akan datang)
- Tempoh Matang: Sehingga umur 75 tahun (umur akan datang)
- Tempoh Penyertaan: 5 hingga 74 tahun
- Sumbangan bulanan: Sumbanga minima bergantung pada umur peserta (anggaran kasar lebih-kurang RM100 sebulan) dan maksima tertakluk kepada keputusan pengunderaitan.
IST MENAWARKAN MANAFAAT SEPERTI BERIKUT:-
1 MANFAAT TEMPOH MATANG
Apabila sijil mencapai tempoh matang, peserta akan menerima pembayaran sekaligus dari pendapatan pelaburan bersih dan jumlah terkumpul dari Akaun Pelaburan Peribadi (Participant Investment Account) serta lebihan dari Dana Risiko (Risk Fund) melalui Akaun Terkumpul Ta'awuni (Ta'awuni Account Pool). Selepas dari itu sijil tersebut akan ditamatkan.
2 MANFAAT KEMATIAN ATAU HILANG UPAYA KEKAL
Sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya kekal terhadap peserta sebelum tempoh matang sijil, jumlah perlindungan yang diambil berserta jumlah terkumpul dari Akaun Pelaburan Peribadi dan juga lebihan dari Dana Risiko akan dibayar kepada peserta atau waris peserta atau keluarga terdekat. Selepas dari itu sijil tersebut akan ditamatkan.
3 MANFAAT PENYAKIT KRITIKAL (40 JENIS PENYAKIT)
Apabila peserta disahkan mengidap salah satu daripada 40 jenis penyakit kritikal yang disenaraikan didalam sijil, peserta akan dibayar jumlah perlindungan penyakit kritikal tersebut sekaligus (100%). Selepas pembayaran manfaat itu, sijil tersebut masih lagi berkuat-kuasa sehingga tempoh matang sijil dan manfaat-manfaat lain tidak akan terjejas dengan tuntutan yang telah dibuat itu.
4 MANFAAT PENGECUALIAN SUMBANGAN AKAN DATANG
Sekiranya peserta disahkan mengidap salah satu dari 39 jenis penyakit kritikal yang disenaraikan didalam sijil, kesemua sumbangan masa depan atau akan datang (sumbangan pelan asas dan juga termasuk semua sumbangan manfaat tambahan yang disertakan), dikecualikan sehingga tempoh matang sijil. Ini bermakna peserta tidak lagi perlu meneruskan bayaran sumbangan beliau sehingga tempoh matang sijil. Namun begitu manfaat-manfaat lain masih berkuatkuasa seperti biasa dan peserta juga berhak menerima manfaat tempoh matang sepertimana yang dijelaskan dalam "No. 1" di atas.
5 MANFAAT HILANG UPAYA SEPARA AKIBAT KEMALANGAN
Andaikata peserta mengalami hilang upaya separa akibat kemalangan (contoh putus tangan sebelah, putus ibu jari kaki kiri dan sebagainya), manfaat hilang upaya separa akibat kemalangan akan dibayar berdasarkan tahap kecederaan sepertimana termaktub didalam jadual pampasan didalam sijil.
6 MANFAAT ELAUN HARIAN HOSPITAL
Sekiranya peserta dimasukkan ke hospital sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 jam maka peserta akan dibayar manfaat elaun harian hospital untuk satu hari kemasukan bermula dari hari pertama dan jumlah maksima bilangan hari manfaat hospital ini adalah terhad kepada 365 hari sepanjang tempoh sijil berkuatkuasa.
7 MANFAAT PERBELANJAAN PENGKEBUMIAN
Apabila berlakunya kematian kepada peserta, manfaat ini akan dibayar kepada penuntut yang berhak, pentadbir atau wasi dalam tempoh 24 jam setelah dibuktikan dengan sijil kematian ataupun permit pengebumian yang disahkan.
8 PENGELUARAN SEBAHAGIAN WANG TUNAI
Pengeluaran sebahagian wang tunai boleh dilakukan sebanyak 30% daripada Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) setelah sijil berkuatkuasa sekurang-kurangnya selama lima (5) tahun. Hanya tiga (3) kali pengeluaran sahaja dibenarkan dibuat sepangjang tempoh sijil, dengan jarak minimum diantara pengeluaran ialah dua (2) tahun.
9 PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN DARI LHDN
Pelepasan dari cukai pendapatan diberikan oleh LHDN sehingga RM6,000 setahun untuk individu dan pasangan mulai dari Tahun Taksiran 2005 (Tahun Taksiran 2004 dan ke bawah: RM5,000).